Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang penggunaan air ECPI terhadap diri saya sendiri. Pada suatu malam yang gelap, saya telah dilanda virus demam yang agak berat, badan panas, selsema, batuk, lemah badan dan segala galanya yang biasa kita hadapi bila virus itu menyerang. Dan saya tau kalau saya demam memang 4-5 hari baru boleh kebah.
Saya bertekad, kali ini saya tidak mahu menelan pain killer yang selama ini telah menipu sistem badan saya dengan mengkhayalkan sistem saya dengan kandungan dadah dan kimia di dalamnya. Maka saya minumlah 2 gelas air ECPI dan saya tidur bersama-sama sebotol air ECPI 1.5 Liter di dalam pelukan saya.
Pagi esoknya, setelah tidur dengan lenanya, saya bangun dalam keadaan yang berbeza dari keadaan orang demam. Saya rasa cergas dan segar! Demam yang menyerang saya telah dinyah kan serta merta!! Panas badan telah tiada, hidung kembali normal, tiada lagi selsema, batuk telah beransur kurang, kepala kembali stabil dan saya rasa cergas seperti sediakala.
Dengan hanya meminum 2 gelas air gelombang ECPI dan memeluk botolnya yang penuh dengan gelombang positif, saya tidak jadi untuk demam pada malam tersebut MALAH BERTAMBAH SIHAT DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI TERSEBUT!
Testimoni kedua :
Saya telah mengalami luka di lengan tangan kanan saya terkena hirisan pisau yang amatlah tajam. Darah mengalir laju di lengan saya. Saya berjalan menuju ke paip air untuk membasuh luka tersebut, dalam perjalanan ke paip, saya ternampak sebotol air ECPI yang saya bawa sama.
Lalu saya tuang sedikit air ke luka tersebut. Kali pertama tuang darah masih lagi mengalir, saya tuang kali kedua terasa sedikit pedih dan saya lihat pada luka itu darah sudah tidak mengalir laju seperti sebelumnya. Saya tampal plaster dan biarkan selama beberapa minit, saya buka kembali plaster tersebut dan saya lihat tiada kesan darah mengalir lagi. Darah yang tadi nya mengalir deras telah terhenti di dalam jangka masa beberapa minit sahaja selepas mengalirkan air ECPI ke luka tersebut. Padahal luka itu boleh tahan dalamnya. Maka kalau anda atau sesiapa di sekeliling anda terluka, melecur kerana terbakar atau sebagainya, boleh terus tuang kan air gelombang ECPI ke tempat terkena tersebut. Insyallah boleh mengurangkan kecederaan dan jangkitan kuman serta mempercepatkan penyembuhan luka.
Syukur pada Tuhan kerana memberi jalan untuk saya menjaga diri saya dengan satu cara dan produk yang amat berkesan,bersih dan yang paling utama selamat dari dadah dan kimia.
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment